Saturday 8 September 2012

1. Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar ialah:
(a) Peluang pekerjaan
(b) Kadar upah yang tinggi
(c) Kestabilan politik
(d) Kemudahan asas yang lengkap
(e) Melanjutkan pelajaran
(f ) Mengikut keluarga
(g) Mengelakkan bencana alam.
a) Penduduk dari luar bandar berhijrah ke kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan banyak.
b) Di bandar, kadar upah pekerjaan juga adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar upah di luar bandar kerana taraf hidup di bandar adalah lebih tinggi daripada luar bandar.
c) Kestabilan politik membolehkan Malaysia membangun dengan pesat dan menggalakkan pelabur asing melabur di Malaysia. Keadaan ini dapat memperkembangkan ekonomi negara dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk. Oleh itu, terdapat ramai penduduk dari luar bandar suka berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
d) Kawasan bandar mempunyai kemudahan asas yang lebih lengkap berbanding dengan kawasan luar bandar. Bekalan air dan elektrik, sekolah sistem jaringan jalan raya dan hospital di bandar berbanding kawasan luar bandar yang mundur. Oleh itu, penduduk luar bandar suka berhijrah ke bandar untuk menikmati kemudahan asas di bandar.
e) Institusi pengajian tinggi di Malaysia, kebanyakannya didirikan di kawasan bandar seperti Universiti Malaya di Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang dan Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor. Golongan pelajar terpaksa berhijrah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran mereka.
f). Migrasi dari luar bandar ke bandar juga berlaku apabila ibu bapa ditukarkan tempat kerja. Jadi seluruh keluarganya berpindah ke tempat baru untuk memulakan kehidupan yang baru.
g) Masalah bencana alam juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar. Ini adalah kerana bencana alam seperti banjir boleh berlaku beberapa kali dalam setahun dan menyusahkan hidup penduduk. Oleh itu, penduduk luar bandar lebih suka berpindah ke bandar kerana bandar mempunyai pelbagai kemudahan untuk mencegah banjir.

No comments:

Post a Comment